fbpx

Kuih Kosui

iCookAsia

KUIH KOSUI

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. 240gm gula merah

2.120gm gula pasir

3.250ml air

4.1 helai daun pandan

5.210gm tepung gandum

6.2 sudu besar tepung ubi

7.625ml air

8.Kelapa parut diambil putih sahaja 

9.Sedikit garam

 

 Cara membuatnya: 

1. Mula-mula masukkan gula merah, gula pasir, air dan daun pandan ke dalam periuk. Didihkan sehingga sebati dan menjadi sirap gula.

2. Kemudian campurkan tepung gandum, tepung ubi, air, garam dan sirap gula yang telah cair tadi ke dalam mangkuk. Kacau rata sehingga sebati.

3.Susun acuan di dalam periuk pengukus dan tuangkan adunan ke dalamnya. Kukus selama 1 jam.  Untuk mendapatkan kuih kosui yang cantik, panaskan sebentar periuk pengukus sebelum mula mengukus adunan. 

5. Setelah masak, golekkan ke dalam kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Kuih kosui sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x