fbpx

Kuih Kole Kacang

iCookAsia

Resepi ini diambil daripada buku Citarasa Johor hasil kerja daripada Datin Kalsom dan Datin Hamidah (Adek). Buku ini telah memenangi “Best in the World” dalam kategori Culinary Heritage di Gourmand International World Cookbook Awards 2015.

Anda boleh mendapatkan buku ini dengan cara berhubung dengan kami di Facebook iCookAsia https://www.facebook.com/icookasia

Anda juga boleh menikmati hidangan ini di Restoran Selasih, Johor Bahru. Sila hubungi +607-219 9999 atau emel [email protected] untuk membuat tempahan.

Bahan-bahan
(‘tahi minyak’ / kerak santan)
1 cawan pati santan

Bahan-bahan (air gula melaka)
1 cawan gula melaka
1 sudu besar gula pasair
1 cawan air
2 helai daun pandan, diikat simpul
2 cawan pati santan
1 cawan tepung kacang hijau
Secubit garam

Cara membuat

1. Kacau santan dalam kuali dengan api kecil sampai santan bergentel-gentel menjadi ‘tahi minyak’
2. Saring dan alihkan ‘tahi minyak’ dan ketepikan lebihan minyak
3. Didihkan bahan-bahan air gula sampai gula hancur. Tapis air gula melaka dan ketepikan untuk disejukkan.
4. Masukkan lebihan minyak, air gula melaka, santan, tepung kacang hijau dan garam dalam periuk diatas api kecil. Kacau selalu untuk mengelakkan adunan dari bergentel.
5. Bila campuran menjadi pekat, masukkan kedalam loyang empat segi. Tabur rata ‘tahi minyak’ di atas kole kacang
6. Biar sejuk dan potong kecil segi empat. Susun dan hidangkan.

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x