fbpx

Resepi Kuih Keria Yang Mudah dan Sedap

iCookAsia

Dengan menggunakan ubi keledek sebagai bahan utama dan disaluti dengan gula, kuih Keria ini sedap untuk dinikmati pada waktu sarapan pagi ataupun minum petang. Jom cuba buat kuih ini.

Bahan-bahan:

2 biji ubi keledek, di rebus hingga empuk
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil tepung ubi
garam secukupnya
minyak untuk menggoreng
100gm gula
60ml air

Cara membuat:

1. Mula-mula, lenyek ubi keledek yang telah direbus sehingga lumat. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung ubi dan sedikit garam. Gaul rata sehingga menjadi doh yang lembut.

2. Selepas itu, ambil sedikit doh, bentukkan bulat dan buat lubang kecil ditengahnya seperti kuih donut. Buat sehingga semua doh habis dan goreng di dalam minyak panas sehingga hingga masak.

3. Untuk menyediakan sira gula, masukkan air dan gula ke dalam kuali, dengan api yang sedikit kuat, masak hingga pekat tanpa perlu dikacau. Setelah pekat, tutup api, dan kacau selama 10 saat. Selepas itu masukkan kuih keria yang telah digoreng tadi sambil menggaul sehingga gula menjadi keras dan rangup.

4. Kuih keria sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

 

Nak beli barang dapur? Jom shopping di: https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x