fbpx

Kuih Bom Bijan Inti Kacang. Ada Petua Bom Tak Meletup Dalam Kuali

iCookAsia

Selalunya kuih bom bijan biasa dimakan dengan inti kelapa manis, namun kali ini kita cuba pelbagaikan dengan menggunakan inti kacang.

Resepi daripada Zuhaidar Mohd Sofi ini turut berkongsi petua supaya kuih ini tidak meletup sewaktu menggoreng.

Bahan untuk kulit:
500 g Tepung pulut
1 cawan Tepung Gandum
Secubit Garam
Air secukupnya
Bijan Putih

Cara :
1.Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Gaul rata kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit. Uli sampai doh tidak melekat di besen.

2.Sebelum uli untuk masukkn inti PASTIKAN TANGAN DILUMURKAN DENGAN SEDIKIT MINYAK.

3.Ambil doh, masukkan inti kelapa, bulatkan dan gaulkan dengan bijan.

Bahan untuk inti :
Kelapa parut
Gula Merah
Gula Pasir
Secubit Garam
Sedikit Air

Cara :
1.Letakkan sedikit air ke dalam kuali, masukkan gula merah, gula pasir dan garam.
Kacau sehingga gula cair.

2.Masukkan kelapa parut. Masak sehingga warna kelapa menjadi sedikit gelap kemudian tutup api.

Cara goreng :
1.Buka api sederhana besar. Masukkan minyak. Apabila minyak sederhana panas masukkan kuih bom dan kecilkn api.

2.”PASTIKAN MINYAK TIDAK TERLALU PANAS SEBELUM MASUKKN BOM”

3.Selepas bom mula mengembang dan bertukar warna kacau kuih sehingga masak..
(*TIPS UTK KUIH TIDAK PECAH:SENTIASA KACAU)


Sumber : Zuhaidar Mohd Sofi

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x