in ,

Kuih Batang Buruk

KUIH BATANG BURUK

Bahan yang diperlukan:

300 gram tepung gandum

150 gram tepung beras

1/2 biji santan kelapa

300 gram serbuk kacang hijau (disangai dan dibuang kulit)

200 gram gula aising

2 biji telur

Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:1. Mula-mula panaskan santan sehingga mendidih di dalam periuk. Kemudian tutup api dan sejukkan santan dengan cara merendamnya ke dalam air sejuk. Ketepikan dahulu

2. Sementara itu, campurkan serbuk kacang hijau bersama gula aising. Kacau rata dan ketepikan dahulu

3. Untuk menyediakan dohnya, campurkan tepung gandum bersama tepung beras, santan dan telur. Kacau rata sehingga membentuk doh. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.

4. Selepas itu, canai nipis dan potong bersaiz 2cm x 3cm. Alas plastik ketika mencanai supaya ia tidak melekat. Kemudian  gulung dan biarkan berlubang pada bahagian tengahnya

5. Goreng di dalam minyak panas sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya

6. Akhir sekali salutkan dengan campuran kacang hijau dan gula aising tadi. Batang buruk sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments