fbpx

Kuih Bakul

iCookAsia

 

Bahan-bahan yang diperlukan:

400 gram tepung beras pulut
500 gram gula
250 ml air
Daun pisang

 

Cara membuatnya:

  1. Mula-mula masukkan tepung beras bersama air di dalam mangkuk dan gaul perlahan-lahan menggunakan tangan sehingga sebati. Kemudian masukkan gula dan ramas sehingga gula cair dan sebati bersama adunan lebih kurang 30 minit.
  2. Selepas itu, kukus daun pisang sehingga lembut. Potong bahagian hujungnya dan dibelah dua. Lapiskan 3 hingga 4 helai daun pisang dan potong sedikit di bahagian atasnya dengan jarak lebih kurang 5 inci. Kemudian lapiskan ke dalam mangkuk acuan plastik berbentuk bulat. Setelah itu, tuangkan adunan yang telah sebati ke dalamnya dan kukus selama 10-12 jam.
  3. Kuih bakul sedia untuk dihidang.
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x