fbpx

Kek Pandan Cheese Melimpah Ruah. Mudahnya Buat Kek Kukus Gebu Gebas

iCookAsia

Mudahnya membuat kek kukus gebu mengikut resepi perkongsian Ariana Sofia Ahmad. Lebih menarik, adunan cheese yang melengkapkan lagi keenakannya.‎

Bahan :
5 biji telur (Gred B)
3/4 cawan gula halus
1 sudu besar ovallete
2 cawan tepung gandum
1sk baking powder
1sk soda bikarbonat
1sk cream of tartar
1sk perisa pandan coconut
2sk pewarna hijau epal
5 sudu besar minyak masak

Bahan Cream Cheese:
300g cream cheese
1 1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu segar
Cheddar cheese (diparut)

Cara :
1. Masukkan telur, gula, perisa pandan, pewarna hijau dan ovallete. Putar sehingga sebati.
2. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder,soda bikarbonat dan cream of tartar. Putar lagi sehingga sebati. Jangan terlampau pekat.
3. Masukkan minyak masak dan kacau laju dengan spatula.
4. Masukkan adunan setengah bekas sahaja.
5. Kukus 20 minit atau sehingga masak. Tutup bekas kek supaya air kukusan tak jatuh atas kek.
6. Pastikan kukus naik gebu. Nak tahu masak atau tidak, goyangkan bekas. Kalau tidak cair, maksudnya dah masak.
7. Terbalik terus daripada bekas dalam 10 minit
8. Potong di tengah-tengah kek dan ketepikan.
9. Untuk adunan cream cheese. Masukkan cheese, susu pekat dan whipping cream. Putar sehingga sebati.
10. Masukkan cheese dalam pipping beg. Simpan 1/4 dari adunan untuk buat lapisan cheese paling atas (cair).
11. Letak cheese di lapisan kek yang lapisan bawah.
12. Selepas itu, letak pula cheese bahagian atas kek. Jangan kedekut cheese
13. Selepas itu, lebihan cheese tadi putar semula dengan susu segar untuk lapisan atas sekali.
14. Tuangkan 3-4 sudu cheese yang diputar tadi di atas kek. Walaupun cair sedikit tapi masih pekat.
15. Parut cheddar cheese atas kek. Sampai melimpah ruah cheese tu.

Disertakan step by step:










Sumber : Ariana Sofia Ahmad‎

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x