in , , ,

Kek Coklat Mousse Simple Tapi Menggoda.

Mengambil resipi perkongsian Fauzi Karim dan menjelmakan secara reality, perkongsian Kek Coklat kali ini cukup menggiurkan dengan lapisan coklat mousse.

Tidak sukar membuatnya namun perlukan kesabaran dan ketabahan hati. Jika tidak menjadi, bukan salah bahan, namun mungkin teknik yang digunakan tidak betul. Kadang kala Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul akan menyebabkan kek bantat. Suhu oven juga memainkan peranan yang penting sewaktu membakar kek.

“Mlm ni siap dah kek coklat mousse sebji.. Buat saiz 12 inch.. Teringin sbb lama tak buat.. Tapi byk Sgt so potong siap2 dlm bekas utk bg pd jiran2 esok๐Ÿ˜๐Ÿ˜ย mmg puas Hati mkn time sejuk2..ย ๐Ÿ‘๐Ÿ‘ย Tadi pekena sepotong lepaskan ketagih ni๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† fuhhh.. Lega rasa.

โ€œKEK SPAN COKLAT YANG LEMBUT, GEBU DAN DILAPISKAN DENGAN COKLAT MOUSSE YANG RINGAN.

 

Bahan :

BAHAN KERING

1 1/2 cawan tepung gandum

1 cawan serbuk koko

2 sudu baking powder

1 sudu soda bikarbonat

 

BAHAN BASAH

1 cawan gula halus

1 cawan minyak

3 biji telur gred A

1 sudu esen vanila

1 cawan susu cair

 

Cara :

1. Ayak bahan kering dan ketepikan

2. Pukul bahan basah hingga sebati kecuali susu.

3. Setelah sebati masukkan separuh bahan kering dan pukul sekejap.

4. Masukkan pula susu cair dan pukul sebati.

5. Masukkan baki bahan kering dan pukul sebati (tak perlu pukul lama)

6. Tuang dalam acuan dan bakar. Boleh bakar sekali dan potong jadi 3 bahagian atau bakar secara berasingan hingga masak. (Suhu bergantung dengan oven masing-masing)

 

CHOCOLATE MOUSSE

Bahan :

250 gm coklat masak

3/4 cawan susu cair

2 sudu marjerin

1 1/2 sudu gelatin

3 sudu air

400 ml whip cream pukul hingga gebu (ketepikan)

 

Cara :

1. Cairkan coklat masak, susu cair dan marjerin dengan api perlahan. Ketepikan dan biar hingga sejuk sedikit.

2. Campur gelatin dan air biarkan 2-3 minit dan cairkan secara double boiled.

3. Kaup balik campuran coklat dalam whip cream dan masukkan gelatin. Kacau sebati dan bahagikan kepada 2 bahagian.

4. Susun lapisan pertama kek di bahagian bawah loyang(loyang springfom) Tuang sebahagian coklat mousse dan ratakan

5. Susun pula lapisan kedua kek dan diikuti lapisan kedua coklat mousse

6. Susun lapisan kek yang terakhir dan bungkus dengan plastik wrap. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam

7. Bila dah set tuangkan coklat ganache di bahagian atas kek atau hias ikut suka

8. Siap untuk dihidang.

Sumber : Doa Penenang Hati

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0

Comments

comments