in , , ,

Kek Coklat Moist. Tak Perlu Susah Payah. Guna Blender Je!

Senangnya nak buat kek, tak perlu guna mixer. Hanya masukkan semua adunan dalam pengisar dan terus kukus. Selepas siap dikukus, curahkan coklat sehingga meleleh, yummeh.

Bahan A:
1 cawan air
1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan susu pekat manis
3 biji telur

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk soda bikabonat
1 sk baking powder

Cara :
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga sebati.
2. Selepas itu kukus adunan selama 45 minit.
3. Curahkan coklat ganache. Siap untuk dihidang.

Sumber : Ayank Afeza

http://bit.ly/2ZTBKnJ

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0

Comments

comments