fbpx

Kek Coklat Moist. Lembut Dan Gebu, Nak Buat Pun Mudah, Hanya Kukus Dan Hasilnya Cukup Meletop!

iCookAsia

Mudahnya resepi Kek Coklat Moist perkongsian Imah Halimah, hanya menggunakan pengukus, nah siap untuk disantap bersama keluarga.

Bahan A
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan gula kastor
1 cawan serbuk koko

Bahan B
4 biji telur saiz A
1 sk esen vanila

Bahan C
1 cawan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder

Optional
-coklat emulco

Cara :
1. Masak bahan A sebentar sahaja. Gunakan api kecil kerana serbuk koko mudah hangus, sekadar suam, jangan sampai mendidih.
2. Tutup api. Kemudian masukkan telur yang telah dikacau dengan esen vanilla
3. Masukkan 2 sk coklat emulco untuk tambah warna lebih gelap. Kacau sebati.
4. Masukkan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat yang telah diayak. Kacau sebati hingga tepung tidak berketul.
5. Masukkan ke dalam bekas acuan.
6. Kukus selama satu jam menggunakan api besar. Tutup bahagian atas untuk mengelakkan air daripada masuk ke dalam pengukus.

Step by step :




Sumber : Imah Halimah

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x