fbpx

Kek Coklat Meleleh, Guna Beryls Sebagai Topping, Mewah Sangat Rasanya

iCookAsia

Walaupun bahan asas kek coklat rata-rata menggunakan resepi yang sama, namun dengan sedikit penambahan atau penggunaan bahan premium, ia akan melazatkan lagi kek kita.

Jadi untuk resipi kek coklat perkongsian Nurul Farhana Rozali, dia menggunakan dark coklat Beryls dan whipping cream untuk ganache, memang mewah rasa coklat.

Bahan :

3 biji telur gred A

1 1/2 cawan tepung gandum ( diayak )

1 cawan susu pekat

1 cawan serbuk koko

1 cawan susu cair

1 cawan minyak masak

1/2 cawan air

1 sdt baking soda

1 sdt baking powder

esen vanila

* kukus kek dalam 20 minit

Coklat ganache :

500 gram dark coklat beryls

1 cawan whipping cream

( Buat kaedah double boiler, dah cairkan coklat dan whipping cream masukkan dalam peti ais dlm 30 minit, selepas tu keluarkan dari peti ais biarkan selama 30 minit dan baru tuangkan atas kek )

*Dah siap kek masukkan dalam peti ais, makan sejuk2 lagi sedappp. coklat melting dalam mulut.

Sumber :https://www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my/permalink/3104075636582398/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x