fbpx

Resepi Kuih Karipap Pusing

iCookAsia

Resepi karipap pusing ini mencabar dengan teknik yang dikenakan pada doh. Namun. hasilnya pasti tidak mengecewakan! Sungguh enak dimakan pada waktu minum petang.

Bahannya terbahagi kepada 3 bahagian.

Bahan-bahan untuk inti:

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili merah atau boleh juga menggunakan 5 biji cili padi
1 sudu besar udang kering
4 biji kentang – dipotong dadu dan direndam
2 sudu besar serbuk kari ikan.
1 tangkai daun kari
sedikit air
garam secukup rasa
gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Bahan untuk doh margerin:

1 cawan tepung gandum
5 sudu besar margerin

Bahan untuk doh minyak pula:

2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air sejuk
secubit garam

Cara membuat:

1. Mula-mula sediakan inti kentang. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia, cili, udang kering bersama sedikit air ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus.

2. Kemudian panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar bersama daun kari sehingga garing.

3. Sementara itu, satukan serbuk kari ikan bersama sedikit air untuk dijadikan pes dan tuangkan ke dalam tumisan yang telah garing. Kacau rata.

4. Selepas itu masukkan kentang bersama air. Kacau rata dan masak sehingga kentang lembut. Perasakan dengan sedikit garam serta gula dan kacau hingga kering.

5. Untuk menyediakan doh margerin, satukan tepung gandum bersama margerin di dalam mangkuk. Gaul sebati sehingga menjadi doh. Kemudian ambil sedikit doh dan bentukkan menjadi bulat kecil. Ketepikan dahulu. Tutup doh dengan menggunakan kain untuk mengelakkan doh menjadi kering.

6. Untuk menyediakan doh minyak, campurkan tepung gandum bersama air, minyak dan sedikit garam. Uli rata sehingga membentuk doh. Kemudian ambil sedikit doh dan bentukkan menjadi bulat kecil, tetapi pastikan ia lebih besar dari saiz doh margerin.

6. Untuk menyediakan karipap pusing, gelek doh minyak dan letakkan doh margerin ditengahnya. Kemudian, tutup rapat dan bentukkan menjadi bulat semula. Selepas itu, gelek leper sekali lagi dan potong doh dari hujung sehingga ke titik tengah. Gulung sehingga menjadi bentuk kon dan leperkan semula menjadi panjang. Selepas itu gulungkannya dan potong menjadi tiga bahagian atau lebih, bergandung kepada saiz doh.

7. Gelek adunan yang telah siap dipotong, pastikan gelekan tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.Kemudian letakkan di dalam acuan karipap dan masukkan sedikit inti. Pastikan bahagian bawah doh yang digelek diletak di sebelah dalam. Tutup acuan karipap dan tekan kuat supaya karipap tidak terbuka ketika digoreng.

8. Goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan. Karipap pusing sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

 

Nak beli barang dapur? Jom shopping di: https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x