fbpx

Japanese Cotton Cheese Cake Versi Red Velvet. Gebunya.

iCookAsia

Siapa peminat kek pasti terliur dengan perkongsian resipi pada kali ini. Dengan sedikit olahan bahan, terciptalah Japanese Cotton Cheese Cake versi Red Velvet. Sempurnakan lagi rasa dengan lelehan keju di atasnya, memang win habis.

Menurut pemilik resipi, Noor Ain Umairahariz Baba, kek ini menggunakan acuan 7 inci dan boleh dijual pada permulaan harga RM75 ke atas.

 

Bahan Kek :

Bahan A :

150 g Cream Cheese

50 gm butter

100 gm susu cair

*masak bahan A di atas api perlahan sehingga cair. Ketepikan.

 

Bahan B:

5 biji putih telur saiz A

120 gm gula kastor

½ sk cream of tartar

*pukul semua bahan B sehingga bertanduk

 

Bahan C :

*5 biji kuning telur saiz A

*100 gm tepung kek

*1 atau 2 sb serbuk koko

1 sb jus lemon

1 sk serbuk pewarna merah

*ayak bahan bertanda

 

 Cara :

1.Masak bahan A sehingga cair. Pastikan cheese tidak berketul. Gaul sebati dan ketepikan.

2.Pukul bahan B sehingga kental dan bertanduk. Ketepikan.

3.Pukul kuning telur hingga kembang, kemudian masukkan tepung, jus lemon dan pewarna dan gaul sebati.

4.Masukkan bahan A yang telah dimasak tadi dan pukul sebati. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pastikan gaul sebati. Gunakan kaedah kaup balik sahaja.

5.Masukkan ke dalam loyang saiz 7 atau 8 inci. Bakar menggunakan teknik water bath pada suhu 160 darjah selsius selama 60 minit menggunakan api atas bawah.

 

Bahan Cream Cheese :

250 gm cream cheese

½ cup susu pekat

½ cup susu full cream

½ cup whipping cream

Sedikit jus lemon. Boleh guna separuh lemon

 

Cara :

1.Putar cream cheese sehingga sebati. Kemudian masukkan susu pekat, jika tidak sukakan manis, boleh kurangkan.

2.Kemudian masukkan susu full cream dan putar sebati. Selepas itu masukkan pula whipping cream dan jus lemon. Putar sebati dan kemudian tuang di atas kek.

3.Chedar cheese untuk parut di atas kek.

Foto : Noor Ain Umairahariz Baba

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x