fbpx

Jangan Buang Batang Nanas! Bromelain Sebagai Anti Kanser, Disaran Untuk Hamil

iCookAsia

Kata orang nanas itu tajam dan tidak sesuai untuk wanita mengandung. Mitos atau fakta? Dan cara pemakanan nanas juga seperti telah diatur, jika dimakan, batangnya pasti akan dipotong.

Jangan ulangi lagi kesilapan itu! Batang nanas menyimpan pelbagai khasiat untuk tubuh badan. Keupayaan penyembuhan yang terdapat dalam nanas disebabkan oleh kandungan enzim larut protein yang dikenali sebagai Bromelain. Dan Bromelain ini terdapat pada batang nanas.

Pertahanan Sistem Imun
Kandungan Bromelain di dalam nanas berfungsi sebagai anti-kanser. Menurut kajian, sebatian semulajadi Bromelain mampu membunuh sel yang dijangkiti kanser menerusi proses apoptosis. Ianya juga berupaya untuk mengurangi rasa sakit dan impak negatif kepada pesakit kanser selepas rawatan kimoterapi.

Awet Muda
Manfaat jus nanas dapat memberikan manfaat kepada keremajaan sel-sel di dalam tubuh. Vitamin C yang terdapat di dalam buah ini memainkan peranan sebagai antioksidan dalam mengekalkan kesihatan tisu-tisu dalam badan, sekaligus dapat mengekalkan kesihatan salur darah dan organ dalaman.

Meningkatkan Kesuburan
Nanas yang kaya dengan antioksidan yang membantu mencegah kemandulan. Malah ianya sangat disarankan buat mereka yang sedang berusaha untuk hamil. Kandungan seperti Vitamin C, beta karoten dan mineral mempengaruhi tahap kesuburan lelaki dan wanita. Antioksidan mampu meningkatkan aliran darah dan membina semula tisu-tisu dalam pembentukan organ peranakan sekaligus dapat meningkatkan penghasilan sperma.

Ubat Batuk
Mengalami masalah batuk atau asma, nanas merupakan ubat semulajadi yang mujarab. Kajian menunjukkan bahawa beta karoten mampu mengurangkan masalah asma dan batuk. Malah, jus nanas sangat disaran diambil jika diserang batuk.

Pencernaan
Nanas cukup kaya dengan serat dan berupaya mengurangkan risiko kanser kolon. Sebiji buah nanas mengandungi 13 gram serat dan ianya langkah yang cukup baik untuk mencegah sembelit. Untuk sembelit, disarankan untuk minum satu gelas jus nanas setiap pagi dan diikuti segelas air kosong.

Foto : Google

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x