in

Info Penting Untuk Penggemar Ayam Panggang Yang Mahukan Kepuasan

Selepas baca sampai habis, proses panggang ayam akan jadi lebih mudah!

Hidangan ini bukan saja mudah dibuat tetapi memang sedap dimakan.  Sementara ayam dipanggang, anda boleh menyediakan bahan sampingan yang lain. Apa yang dipaparkan di sini hanyalah cadangan. Jika anda ingin menghidangkan dengan brokoli celur atau salad dan hirisan tomato sahaja, pun boleh.

 

ayam panggang
http://littlespicejar.com

 

Untuk menjimatkan masa, mungkin ada yang mahu menggoreng kentang ‘fries’. ‘Fries’ boleh dibeli dalam pek dinginbeku dan terus digoreng dalam minyak panas. Selain itu, ada juga kentang berbaji (wedges) siap bersalut rempah untuk terus digoreng.

 

roasted potatoes
http://cafedelites.com

 

Jika menggunakan ‘deep-fryer’, kerja menggoreng menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa. Selain itu, gorengan lebih sekata dan sempurna masaknya. Bagi yang ingin mengurangkan penggunaan minyak, memadai meletak ‘fries’ di dalam tin pembakar kalis lekat (atau beralas foil). Kemudian renjiskan rata-rata dengan ‘oil-spray’. Ia ada campuran 1/4 bahagian minyak dan 3/4 bahagian air. Bakar hingga empuk.

 

Namun begitu, ada pula yang sukakan kentang lecek. Pilihlah kentang berkulit merah yang gebu dan sedap. Selepas direbus, ketika masih panas, lecek dengan sedikit mentega dan susu segar. Tambah sedikit garam. Anda akan dapati kentang lecek lebih lemak, ringan dan cair di dalam mulut.

 

Kami perkenalkan bawang putih bakar kerana ia sangat baik untuk menurunkan kolesterol. Ia juga mempunyai banyak khasiat lain. Bawang putih dibakar selabu tapi bahagian atasnya hendaklah dipotong. Titiskan minyak zaitun atau jagung. Bila sudah dibakar selama kira-kira sejam, isinya boleh dicungkil dengan hujung garfu. Rasa bawang putih bakar sangatlah sedap kerana ia cair di dalam mulut! Bau bawang putih (yang tidak menyenangkan sesetengah orang juga hilang). Tidak percaya? Boleh cuba!

 

Bahan lain yang mungkin agak asing adalah sos Lea & Perrins. Ia juga dikenali dengan nama Worchestershire Sauce. Boleh dibeli di dalam botol kecil. Jika tiada, boleh digantikan dengan ‘Seasoning’ dalam bentuk cecair jenama terkenal di pasaran. Kurangkan penggunaan garam kerana ia sudah cukup masin.

 

http://bienmanger.com

 

Sebaik-baiknya, gunakan serbuk lada hitam yang baru dikisar. Ini lebih harum daripada serbuk lada hitam yang tersedia di dalam botol. Jika mahu, boleh gantikan herba kering dengan herba segar. Lebihkan menjadi 2 camca besar yang dicincang halus.

 

Herba Itali yang sesuai untuk ayam adalah campuran parsli dan oregano. Ia memberikan aroma Western pada hidangan anda.

 

http://savouryspiceshop.com

 

Jika anda lihat, campuran sos sangat mudah kerana semuanya ada di dalam botol. Kami menggunakan mentega (jangan guna marjerin) dan tepung gandum sebagai bahan pemekat sos. Hendaklah dimasak atas api perlahan dan dikacau selalu. Jika campuran ini hangus atau berwarna coklat gelap, sos akan menjadi pahit. Seelok-eloknya campuran hendaklah berwarna keemasan. Seandainya sos agak pekat, bolehlah ditambah sedikit air panas.

 

Selepas sejam, cucuk bahagian dada ayam (paling tebal). Kalau cecair yang terbit kemerah-merahan, ini bermakna ayam belum masak. Panggang lagi selama 10-15 minit. Biar ayam yang sudah dibakar selama 10 minit pada suhu bilik sebelum dipotong. Ini akan ‘meredakan’ kepanasan cecair di dalam ayam dan menjadikan isi ayam lebih lembap.

 

Jika hendak dibawa berkelah, bungkus ayam panggang dengan dua lapisan foil. Kemudian letak di dalam bekas bertutup. Dengan cara ini, ayam akan kekal panas selama beberapa jam. Anda akan dapati ia lebih menyelerakan.

 

Ayam yang tidak habis dimakan (terutama bahagian dada), boleh dihiris esoknya dan dijadikan sandwic. Anda juga boleh menggantikan ia sebagai lauk nasi ayam atau nasi beriani. Bagi yang inginkan rasa Timur, lumur ayam dengan sedikit serbuk rempah kari (bagi menggantikan herba campuran).

 

Ubahsuailah ikut kegemaran keluarga anda kerana memasak seharusnya menjadi suatu tugasan yang menyeronokkan!

 

 

Selamat mencuba!

Sila LIKE Facebook iCookAsia serta subscribe ke channel Youtube kami!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fazli

Screen printing aficionado, guitar and food lover.

[g1_socials_user user="275" icon_size="28" icon_color="text"]

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments