fbpx

Homemade Pes Tomyam. Senang Nak Masak Lepas Ni

iCookAsia

Kenapa beli di kedai jika boleh buat sendiri. Resepi Homemade Pes Tomyam perkongsian Shamliah Ibrahim‎ ini cukup memudahkan tugas memasak, hanya masukkan pes dan tidak sampai lima minit, menu terhidang di meja.

Bahan Kisar :

3 biji bawang besar
12 biji bawang putih
15 helai daun limau purut (buang batang di tengah untuk mengelakkan rasa pahit)
5 inci lengkuas
12 batang serai (dihiris)
3 inci belacan
Gula kabung
*kisar semua bahan kecuali gula kabung
*boleh tambah 3 sudu besar udang kering untuk lebih kick

Bahan lain :
4 senduk cili kisar
1 senduk minyak masak
4 sudu besar sos ikan
3 sudu besar asam jawa / jus limau nipis
½ cawan air

Cara :
1. Tumis cili kisar dulu
2. Masukkan semua bahan dan gaul sebati.
3. Masak lebih kurang 45 minit hingga satu jam sehingga pecah minyak
4. Mask menggunakan api perlahan.
5. selepas masak, biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam botol.
6. Untuk memasak, hanya perlu tambahkan ayam atau seafood. Bahan wajib seperti serai, lengkuas, daun ketumbar, perahan limau nipis dan daun limau purut jangan dilupakan ya.

Sumber : Shamliah Ibrahim‎

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x