in ,

Hainanese Chicken Chop

Anda nak kelainan sikit untuk makan malam nanti? Rasai sendiri keenakan Hainanese Chicken Chop ini. Anak-anak pasti suka! 🙂
Resepi ini disediakan oleh Daddy Is The Chef

Bahan-bahan perapan:
4 ketul peha ayam – dibuang tulang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil minyak bijan
5 ulas bawang putih – dicincang atau 1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung ubi
4 sudu besar air
*1 cawan tepung ubi untuk salutan ayam

Cara penyediaan:
1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Masukkan ayam dan bahan-bahan lain ke dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Perapkan sekurang-kurang sejam di dalam peti sejuk.
4. Kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi ke dalam bekas yang mengandungi tepung ubi dan salutkan ayam tersebut.
5. Pastikan minyak betul-betul panas dan goreng ayam secara deep-fry sehingga masak/ garing.

Bahan-bahan Sos:
1 biji bawang holland – dihiris
8 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos Worcestershire
1 1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu besar kicap cair
2 cawan air
2 sudu besar tepung jagung – dibancuh dengan 1/4 cawan air

Cara membuat:
1. Panaskan 1 sudu besar minyak dan masukkan bawang, goreng hingga layu dan warna kekuningan.
2. Masukkan kesemua bahan kecuali bancuhan tepung jagung, kacau dan biarkan sehingga mendidih.
3. Kemudian kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung.
4. Kacau sentiasa hingga sos menjadi sedikit pekat. Tutup api.

Cara hidangan:

Di atas pinggan, letakkan;
Ayam yang telang digoreng tadi.
1 biji tomato – potong 6 bahagian memanjang.
1/2 cawan kacang peas (frozen) atau mix-vegie – rebus sebentar dalam air mendidih kemudian toskan.
1 biji kentang – potong 6 bahagian memanjang (rendam dahulu dalam air panas, toskan, kemudian goreng sehingga garing keperangan.
Tuangkan sos ke atas ayam.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0

Comments

comments