fbpx

Fries Viral. Guna 3 Bahan Sahaja. Boleh Olah Ikut Kreativiti Sendiri

iCookAsia

Viral resepi kentang goreng yang cukup mudah untuk disediakan. Hanya menggunakan tiga bahan, namun terpulang kepada kreativiti masing-masing. Boleh tambah carrot, daun bawang atau cheese bagi menyerikan lagi rasa dalam setiap kunyahan.

Bahan :
Kentang
Tepung Jagung
Garam – secubit

Cara :
1. Rebus kentang dan biarkan sejuk sebentar. Kemudian lenyekkan sehingga hancur.

2. Masukkan tepung jagung. Ikut sukatan, 3 biji kentang bersamaan 2 sudu besar tepung jagung. Kemudian perasakan dengan secubit garam.

3. Uli sehingga menjadi doh.

4.Selepas itu, gentelkan menjadi bentuk yang disukai. Goreng sehingga keemasan. Siap untuk dimakan.

Sumber : Iiylaa Sofia

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x