in , , ,

Fries Daging Tabur, Rugi Kalau Tak Cuba. Makan Tak Ingat Dunia

Makin banyak resipi unik untuk kita cuba kan, rugi kalau sekadar simpan buat pekasam.

Selalunya fries akan dimakan dengan sos cili atau mayonis, sejak daripada kecil itulah padanannya yang telah diterapkan dalam kepala.

Jadi perkongsian kali ini menggabungkan fries bersama daging cincang dan sos istimewa yang pasti menggugat selera.

Semalam pergi kfry ioi mall.. tak puas makan fries die.. malam ni kite buat sendiri.. sebeban boleh makan.. korang mesti try okay.. sedap nak matiii.. resepi kat gambar tau..senang ya amatttttt

Bahan sos :

Mayonis

Lemon

Madu

Daun bawang hiris

Bawang besar hiris

Daging cincang / daging burger

Kentang frozen

Goreng daging sekejap dan kemudian buang minyak.

Hancurkan daging.

Goreng fries.

Adunkan bahan sos pula, mayonis + madu + lemon. Korang boleh ikut cita rasa korang nak paras mana. Gaul bagi rata.

Letak adunan mayonis tadi tetapi jangan habiskan adunan. Lebihan sos akan digunakan untuk gaulkan daging.

Tabur bawang dadu.

Tabur daun bawang.

Gaulkan lebihan mayonis dengan daging.

Gaul sekali bawang dan daun bawang.

Tabur di atas kentang.

Sumber : Mas Ayu Legacy

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0

Comments

comments