in ,

Daging Goreng Tomato

Sedang fikirkan nak masak apa untuk tetamu yang akan datang ke rumah nanti? Apa kata anda cuba resipi Daging Tomato yang dibawa khas oleh SAJI ini! Bila dah cuba sekali pasti nak lagi!

Bahan-Bahan :
1 sudu makan Minyak Masak SAJI
1 sudu makan Sos Cili SAJI
Garam Gunung SAJI dan gula secukup rasa.
300gm daging (hiris)
2 sudu makan puri tomato
5 biji tomato ceri
1 sudu teh serbuk oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 biji bawang besar potong dadu
4 ulas bawang putih cincang halus
2 sudu makan majerin

Cara Menyediakan :
1. Panaskan majerin bersama Minyak Masak SAJI tumiskan bawang putih,merah hingga kekuningan

2. Kemudian masukkan puri tomato, Sos Cili SAJI kacau rata.

3. Masukkan daging, kacau hingga daging berubah warna dan airnya kering

4. Masukkan tomato ceri, kemudian perasakan dengan Garam Gunung SAJI dan gula secukupnya.

5. Akhir sekali taburkan serbuk lada hitam oregano didalamnya.
Kacau lagi seketika, kemudian tutup api

6. Daging Goreng Tomato sedia dihidangkan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0

Comments

comments