fbpx

Congo Bars Deluxe. Ilmu Berbayar Yang Kini Percuma. Jadikan Ibu Duit!

iCookAsia

Menerusi perkongsian Puan Elni, resepi Congo Bars ini merupakan ibu duit sepanjang dia membuka perniagaan. Menuntut ilmu berbayar untuk resepi ini, namun dikongsikan istimewa untuk semua pembaca icookasia

Jelas Elni, Congo Bars merupakan sejenis blondies, teksture antara kek dan brownies dan cara membuatnya cukup mudah, hanya gunakan tangan.

Cuma satu permintaan, dia meminta dipermudahkan urusan dan kesihatan datuknya, Abd Halid Abd Aziz.

Bahan basah :
250 gm butter salted suhu bilik soft bukan cair lembik ye (saya guna SCS/Golden Churn/La Belle)
1¹/² cwn gula perang (saya reduce lg ke 1 ¹/³ cwn)
3 biji telur saiz besar
1 sudu teh Esen vanila brand Chef Amer

Bahan kering (tapis dan campur) :
2 cawan tepung naik sendiri
1 ¹/² cawan choc chips (saya guna 1 cawan Callebaut dark choc, 1/2 cawan choc chips biasa)

Bahan hiasan :
Choc chips

Cara :
1. Panaskan oven terlebih dahulu suhu 170°C. Kacau butter + gula perang sehingga sebati dan pucat. Tak perlu kembang sangat.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. (Telur pertama kemudian kacau ala kadar, telur kedua kemudian kacau ala kadar dan seterusnya…)
3. Masukkan esen vanila dan kacau rata
4. Masukkan semua bahan kering yang dicampurkan sekali tadi.
5. Kaup balik tepung bersama adunan basah tadi menggunakan spatula. (Boleh google/youtube cara kaup balik adunan). Jangan terlalu kuat, takut adunan nanti mendap dan tak naik cantik.
6. Spray oil or sapukan butter pada tray. Alaskan baking sheet.
7. Masukkan dalam tray 12x12x1 atau boleh gunakan 2 tray yang bersaiz 7.5×7.5 @ 8×8. Sapu rata
8. Taburkan choc chips dan bakar adunan sehingga keemasan selama 20-25 minit suhu 170°C-175°C (bergantung pada oven masing²)
9. Siap untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA!!

**Nota :
Ramai yang suka makan suam-suam dan cicah dengan susu.
Harga jualan saya RM75 per tray besar. Kerana saya gunakan bahan premium. Anda boleh kurangkan lagi harga anda mengikut bahan yang anda beli.
Make sure guna pisau tajam untuk dapat potongan yang cantik. Nak lagi elok, setiap kali nak potong rendam kejap dalam air panas, lap dan potong.
Dan congo bars lagi lama disimpan lagi sedap untuk dimakan.

Sumber : Puan Elni

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x