fbpx

Churros

iCookAsia

CHURROS 

Bahan yang diperlukan:

1. 1 cawan air

2. ¼ sudu kecil garam

3. 1 sudu besar gula dibahagi 2

4. ¼ cawan butter

5. 1 cawan tepung

6. 2 biji telur

7. minyak untuk menggoreng

8. 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis

 

Cara membuatnya:

1. Mula mula, campurkan air bersama mentega dan gula. Masak sehingga mendidih

2. Kecilkan api, masukkan tepung sedikit demi sedikit, kacau menggunakan senduk kayu sehingga adunan tidak melekat di periuk.

3. Keluarkan adunan ke dalam bekas lain dan biarkan ia sejuk selama 15 minit

4. Sementara itu, campurkan serbuk kulit kayu manis bersama gula. Kacau rata dan ketepikan dahulu

5. Selepas adunan tepung sejuk, pukul menggunakan hand mixer dengan kelajuan sederhana sambil memasukkan telur satu demi satu bersama sedikit garam, pukul sehingga adunan sebati dan kelihatan berkilat

6. Masukkan adunan ke dalam piping bag yang menggunakan nozzle berbentuk bintang kemudian paipkan ke dalam minyak panas

7. Goreng sehingga berwarna kuning keemasan, angkat dan toskan minyaknya

8. Taburkan campuran serbuk kayu manis dan gula aising di atasnya dan churros sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x