fbpx

Cekodok Kacang Pis

iCookAsia

Mahukan idea masakan untuk anak anda? Cuba Cekodok Kacang Pis ini. Orang dewasa pun boleh makan. Berkhasiat pula tu 🙂

Resepi ini disediakan oleh Zura

Bahan-bahan
1 mangkuk kacang pis
1 biji lobak
1 helai daun bawang
1 mangkuk tepung
1 sudu teh serbuk penaik
2 sudu besar madu
Sekeping keju
2 biji telur
Air (masukkan sedikit sahaja supaya bahan mudah digaul rata – cair sederhana)

Cara membuat:
1. Masukkan kacang pis, telur & tepung, lenyekkan. Sekiranya kering masukkan air dalam sedikit sahaja supaya mudah digaul hingga rata.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang seterusnya seperti lobak, daun bawang, baking powder dan madu. Gaulkan sehingga rata.
3. Panaskan kuali dan goreng sehingga masak. Sekitar 10 – 15 minit.
4. Sedia untuk dihidangkan sebagai sarapan pagi untuk anak anda!

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x