fbpx

Brownies Kedut Dalam Sukatan Cawan. Ada Rahsia Dapatkan Kedutan

iCookAsia

Terdapat pelbagai resepi brownies yang ditemui, namun resepi perkongsian Roslini Liniey‎ ini antara yang paling mudah untuk disediakan. Malah turut dikongsikan tips istimewa bagaimana membentuk kedutan di atas brownies.

Bahan A :
½ cawan butter
1 cawan dark coklat Beryl’s

Cara :
1. Cairkan coklat dengan kaedah double boil
2. Bila coklat cair, masukkan butter dan kacau sehingga cair. Biarkan suam.

Bahan B :
1 cawan gula perang
½ cawan gula kastor
2 biji telur gred A

Cara :
Pukul semua bahan hingga sebati selama tiga minit. Jangan kacau sehingga kembang.
Gunakan senduk atau whisk, tidak perlu mixer.

Bahan C :
1 cawan tepung naik sendiri
2 sudu besar serbuk koko
Secubit garam
*ayak semua bahan

Cara :

1. Masukkan adunan bahan A ke dalam adunan bahan B. Kacau sebati menggunakan whisk sehingga likat.

2. Kemudian masukkan bahan C yang telah diayak tadi. Kacau sebati menggunakan senduk. Cuma kaup balik untuk sekata sahaja, jangan terlebih kacau.

3. Sapukan butter pada Loyang 8×8. Alaskan dengan baking paper / parchment paper. Panaskan over pada suhu 160c.

4. Bakar selama 40 minit. Apabila sudah siap dibakar, jangan terus keluarkan. Buka sedikit pintu over. Pada masa ini kedutan di atas brownies akan mula terbentuk.


Sumber : Roslini Liniey‎

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x