in , ,

Bread Butter Puding. Jadikan Sumber Pendapatan Utama.

Resepi ini sesuai dijadikan menu jualan dan menurut pemilik resepi, Kak Sha,Bread Butter Puding merupakan sumber pendapatan keluarga.

Bahan :
1 buku roti panjang
1 tin susu cair
4 biji telur gred A
Sedikit esen vanila
1/2 tin air
5-6 sudu besar gula
3-4 sudu majerin cair

Cara :
1. Gaul telur bersama esen vanilla. Kemudian tuangkan susu cair dan air.
2. Guntingkan roti mengikut saiz yang disukai dan tekankan di dalam bekas Loyang 10×10.
3. Akhir sekali tuangkan marjerin cair dan sebatikan.
4. Bakar di lama Loyang pada suhu 165-170c selama 40 minit.

Resepi sos :
Bahan :

1 tin susu cair
4 sudu tepung kastard
4-5 sudu besar gula
Esen vanilla
Secubit garam
1 tin air

Cara :
1. Campurkan semua bahan dan sebatikan. Selepas itu masak di atas api.
2. Jika sukakan sos pekat, tambah tepung kastard.

Cara penyediaan :
1.Potong roti yang siap dibakar dan masukkan ke dalam bekas.
2. Tuangkan sos dan kemudian taburkan buah-buahan yang disukai. Boleh taburkan kismis dan almond.
3. Jika untuk dibuat jualan, asingkan sos. Satu bekas kecil dicadangkan dijual pada harga RM6.00.

Sumber : Kak Sha

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0

Comments

comments