fbpx

Bombolini Kaya

iCookAsia

 

Donut Bombolini semakin mendapat tempat dihati semua orang. Bagi anda yang nak rasai sendiri kesedapan Bombolini Kaya yang gebu, boleh cuba resipi ini. Sesuai dihidangkan pada waktu berbuka puasa ?

Resepi ini disediakan dengan kerjasama Yeo’s Malaysia

————————–

Masa penyediaan: 50 minit
Masa memasak: 20 minit
Saiz hidangan: 5 orang

Bahan-bahan:

500 gm tepung gandum
11 gm (1 paket) yis
½ sudu teh serbuk penaik
1 sudu besar marjerin
1 biji telur
3 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
1 cawan susu segar (1 cawan)
½ cawan air
Sedikit garam
Kaya Yeo’s secukupnya

Cara membuat:

1. Campur kesemua bahan sekali termasuk yis.
2. Jika menggunakan tangan, uli selama 15-20 minit. Jika menggunakan mixer, uli selama 10 minit. *Tips: Uli sehingga elastik. Tidak terlalu lembik.
3. Rehatkan adunan selama 30 minit.
4. Buang angin. Kemudian, bentukkan doh secara rounding.
5. Biarkan adunan kembang 2 kali ganda. Selepas itu, boleh digoreng menggunakan api sederhana.
6. Gaulkan donat yang telah digoreng tadi dengan snow sugar.
7. Gunting-gunting bahagian tengah atas ke dalam. Jangan sehingga tembus.
8. Akhir sekali, letak inti (filling) kaya. Sedia untuk dihidangkan.

*Tips: Snow sugar boleh didapati di kedai bakeri.

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x