in , , ,

Beef Prosperity Ala McD. Step Lengkap Untuk Nikmati Burger Enak Ini.

Tahun Baru Cina sudahpun melabuhkan tirai, namun bagi sesiapa yang kepingin untuk menikmati hidangan popular di McD, tidak perlu risau. Disertakan resipi dan langkah yang lengkap sebagai panduan.

“Hari ni saya buatkan beef prosperity burger ala ritz the baker. Terinspirasi daripada burger McDonalds tu. ๐Ÿ˜Š

“Ada 3 bahagian. Roti burger, patty dan sos lada hitam.”

 

Part 1: Roti Burger

Bahan :

200g tepung protin tinggi (japanese flour)

16g gula

3g garam

4g susu tepung

2g yis

16g shortening

110g air

 

Cara :

1. Masukkan bahan kering dan gaul selama 2 minit (mixer)

2. Masukkan air dan shortening dan uli sehingga doh elastik

3. Bahagikan doh kepada 6 bahagian dan bulatkan. Anggaran 60g sebiji

4. Rehatkan doh selama 10 minit

5. Leperkan dan gulung doh dengan kemas

6. Letakkan doh dalam acuan dan biarkan doh kembang sehingga double size. Lebih kurang 1 jam tempoh proofing.

7. Bakar pada suhu 190 darjah celcius selama 13 minit atau sehingga kuning keemasan.

Part 2: Patty Daging

Saya gunakan burger lembu oblong klasik brand ramly. Mudah dan sedap. Boleh dapatkan di mana-mana pasaraya ataupun ramly halal mart berhampiran.

Part 3: Sos Lada Hitam

Ada macam-macam versi sos lada hitam. Yang biasa, saya letakkan beberapa herbs; thyme, oregano, bay leaf dan seangkatan dengannya. Tapi hari ni saya tak gunakan semua tu. ambil apa yang ada sahaja di dapur.

 

Bahan :

20g mentega

40g bawang besar (potong kiub)

10g lada hitam

50g tepung gandum

10g chicken powder

50g serbuk perang demi glace ( brand knorr)

150g sos honey hickory bbq sauce (hunt)

800g air

4g garam

20g gula

 

Cara :

1. Panaskan mentega dan tumis bawang.

2. Masukkan tepung, chicken powder dan serbuk stock perang (roux).

3. Masukkan air dan kacau.

4. Masukkan sos honey hickory bbq dan lada hitam (cracked).

5. Perasakan garam dan gula secukupnya.

 

Penyediaan Prosperity burger

Belah roti burger kepada dua. Masak daging di atas pan dan celup dengan sos lada hitam sebelum diletakkan di atas roti burger. Taburkan bawang holland yang sudah dihiris.

Selamat mencuba.

Sumber : Ritzuwan Syde

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0

Comments

comments