in ,

Ayam Vindaloo

AYAM VINDALOO

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. 500 gm daging ayam

2. 4 sudu kecil serbuk kari ayam

3. 1 biji bawang besar dipotong dadu

4. 2 tangkai daun kari

5. 1 biji tomato dipotong dadu

6. 1 sudu besar sos tomato

7. ¾ cawan air

 8. garam secukupnya

9.  lada sulah secukup rasa

10. 1 tangkai daun bawang dan daun ketumbar dicincang

11. 2 sudu besar minyak masak

  

Bahan untuk perapan pula:

1. 6 sudu besar cuka makan

2. 1 sudu kecil jus lemon

3. 1 sudu besar bawang putih yang telah ditumbuk

4.  garam secukup rasa

5.  ½ sudu kecil lada hitam yang telah dikisar

Cara membuatnya:

1. Mula-mula, masukkan daging ayam bersama cuka, jus lemon, bawang putih, garam dan lada hitam ke dalam mangkuk. Kacau rata dan perap selama beberapa jam atau semalaman di dalam petisejuk.

2. Selepas itu, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar sehingga lembut dan naik bau.

3. Kemudian masukkan daun kari, tomato dan serbuk kari. Goreng sehingga naik bau.

4. Setelah itu, masukkan ayam yang telah diperap, sos tomato dan air. Kacau rata dan masak sehingga kuah menjadi pekat dan daging ayam masak sepenuhnya.

5. Taburkan daun bawang dan daun ketumbar di atasnya dan ayam vindaloo sedia untuk dihidang bersama nasi ataupun roti. Selamat mencuba!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments