in ,

Ayam Serai Wangi

Resepi ini sesuai untuk anda yang inginkan makanan yang ringkas, cepat untuk disediakan dan mampu menaikkan selera makan 😉

Resepi ini dibawakan dengan kerjasama Saji Malaysia.

Bahan-Bahan

Minyak Masak SAJI
2 sudu Sajimayo
Garam Gunung SAJI dan gula secukup rasa
5 keping isi dada ayam
1 biji bawang besar (hiris)
4 ulas bawang putih
3cm inci halia (hiris)
3 batang serai (hiris)
1 kuntum bunga kantan (hiris)
4 helai limau purut (hiris)
10 biji cili api (hiris)
2 sudu makan perencah tomyam
1 sudu makan madu

 

Bahan Perap ayam

2 sudu makan Sos Tiram SAJI
1 biji telur
3 sudu makan tepung jagung

 

Cara membuat

1. Gaulkan ayam dengan bahan perapan. Perap 15 minit didalam peti sejuk.
2. Panaskan Minyak Masak SAJI, goreng ayam yang diperap tadi. Angkat dan toskannya.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bawang besar , bawang putih dan halia hingga naik bau.
5. Masukkan pula bahan yang dihiris tadi sehingga garing.
Kemudian masukkan perencah tomyam bersama sedikit air, Sajimayo, dan madu.
7. Perasakan dengan Garam Gunung SAJI dan gula secukupnya.
Kacau rata kemudian tutup api.
8. Siap untuk dihidangkan.

Written by iCookAsia

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0

Comments

comments

Chocolate Brownies

Authentic Mee Bandung Muar