in ,

Ayam Sambal Bali

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam dipotong 16
Garam Gunung SAJI dan serbuk kunyit
Minyak Masak SAJI
8 batang serai
1 bawang besar dihiris
6 tangkai daun kari
3 sudu makan Kicap Lemak Manis SAJI
Garam Gunung SAJI dan secukup rasa
1 sudu makan air asam jawa

Bahan-bahan kisar:
15 tangkai cili kering
5 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3cm halia

Cara membuat:
1. Ayam dibersihkan, perasakan dengan Garam Gunung SAJI dan serbuk kunyit.
2. Panaskan Minyak Masak SAJI gorengkan ayam separa masak. Angkat dan ketepikan
3. Panaskan Minyak Masak SAJI, tumis serai hingga wangi kemudian masukkan daun kari, tumis hingga garing menggunakan api sederhana.
4. Seterusnya masukkan bahan yang dikisar tumis hingga garing dan pecah minyak
5. Masukkan air asam jawa dan kacau seketika.
6. Perasakan dengan Garam Gunung SAJI, gula dan Kicap Lemak Manis SAJI.
7. Masukkan ayam goreng dan hirisan bawang besar, masak lagi lebih kurang lima minit atau sehingga timbul minyak.
8. Tutup api dan Ayam Sambal Bali sedia dihidangkan.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments