fbpx

Ayam Pandan

iCookAsia

AYAM PANDAN 

Bahan-bahan yang diperlukan:

½ ekor ayam3 ulas bawang putih 3 biji bawang merah½ inci halia½ inci kunyit½ inci lengkuas2 batang serai1 sudu kecil ketumbar1 sudu kecil jintan manis15 biji cili padiGaram dan gula secukup rasaDaun pandan secukupnya

Cara membuatnya:

1. Mula-mula tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas, serai, ketumbar, jintan manis dan cili padi sehingga lumat di dalam lesung batu.

2. Kemudian campurkan dengan ayam dan gaul sebati. Perasakan gula dan garam secukupnya. Jika mahu, boleh juga tambahkan santan atau madu.

3. Selepas itu, buat poket menggunakan daun pandan dan masukkan ayam ke dalamnya.  Balut dengan kemas seperti membungkus ketupat palas. Potong lebihan daun pandan dan cucuk menggunakan lidi supaya ayam tidak terkeluar dari daun ketika menggoreng. 

4. Setelah siap dibungkus, goreng di dalam minyak panas sehingga kuning keemasan dengan api yang sederhana. Angkat dan toskan minyaknya.

5. Ayam pandan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x