in ,

Ayam Masak Kam Heong

Ayam Kam Heong adalah masakan ala Cina yang wajib anda cuba. Kerana keharuman baunya akan membuatkan anda terus jatuh hati. Cuba sekali, pasti nak lagi! 🙂 Resepi ini disediakan dengan kerjasama Saji Malaysia.

Bahan-bahan:

2 bahagian peha ayam (buang tulang dan potong dadu)
150 g bawang merah (hiris nipis)
20 g udang kering (rendam dalam air selama 15 minit, toskan, cincang kasar)
4 ulas bawang putih (cincang halus)
3 tangkai daun kari
3 biji cili merah (dibuang biji dan dihiris)
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
garam (rasa masakan sebelum ditambah)
Minyak Masak SAJI (untuk menggoreng dan menumis)

Bahan sos perapan:

1 sudu besar kicap cair
1 biji putih telur (dipukul)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil cuka makan/cuka beras (optional)
beberapa titik minyak bijan
1/2 sudu besar tepung jangung (gaulkan sejurus hendak mengoreng ayam)

Cara membuat:

1. Perapkan potongan ayam dengan bahan perapan seperti kicap cair, sos tiram, cuka dan minyak bijan selama 1jam. Kemudian celup di dalam telur dan tepung.
2. Gorengkan ayam ¾ masak dalam minyak yang panas.
3. Panaskan 3 sudu besar minyak masak di dalam kuali, masukkan daun kari kemudian diikuti bawang putih, bawang merah dan cili merah yang di hiris sehingga naik aroma.
4. Masukkan udang kering, kemudian masukkan serbuk kari. (Boleh campurkan sedikit air jika suka)
5. Masukkan semua jenis kicap dan sos tiram. Kacau sebati sehingga naik bau kemudian masukkan ayam yg telah digoreng tadi serta gula. Perasakan dan biarkan dimasak selama 5 minit. Hidangkan bersama nasi panas.
Note: kalau suka berkuah boleh tambahkan air lebih.

Written by iCookAsia

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0

Comments

comments

Daging Goreng Mongolia

Sangkaya