in ,

Ayam Goreng Mamak

Pernahkah anda tertanya-tanya. Kenapa ayam goreng mamak tu rasa sedap sangat? Rangup pula tu. Anda cuba buat sendiri dirumah, jadi macam ayam goreng tepung biasa saja. Cuba resepi ini. Rasai nikmat nya sendiri 🙂

Resepi ini disediakan oleh Hykal Fikri.

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
6 sudu tepung jagung
6 sudu tepung beras
3 tangkai daun kari

Bahan kisar:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu rempah kari
1 biji telur
1 sudu teh lada sulah
garam secukup rasa

Cara membuat:
1. Gaul ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari.
2. Perap selama 1 jam
3. Goreng ayam sehingga masak

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0

Comments

comments