fbpx

Ayam Belado. Makan Dengan Nasi Panas, Tak Pandang Lauk Lain Dah!

iCookAsia

Diakui lauk pauk yang ringkas memang menjadi pilihan kita, bukan sahaja senang nak memasak, tapi kick dia lain macam. Macam Ayam Masak Belado resepi perkongsian Nana Sabrina Sarsan.

Jika tidak mahu terlalu pedas, boleh gunakan cili besar merah atau hijau. Tapi kalau mahu tangan berpijar, gunakan cili burung atau cili padi.

Bahan :
Ayam (diperap dengan kunyit dan garam) – goreng garing

Bahan kisar – jangan terlalu hancur
1 ulas bawang merah Bombay
2 ulas bawang putih
15 batang cili merah
10 batang cili padi hijau

Cara :
1. Gunakan minyak yg sama, kurangkan sedikit, tumis bahan-bahan kisar sehingga terbit minyak. Jikaa kurang minyak, tambah lagi. Pastikan terbit minyak ok,
2. Kemudian masukkan garam, sedikit gula dan 1/2 inci asam keping. Asam keping jangan terlalu banyak nanti masam pula.
3. Selepas itu, masukkan ayam dan bawang yang dihiris. Kacau sehingga bawang layu. Siap untuk dihidang.

Sumber : Nana Sabrina Sarsan

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x