in ,

Apom Lenggang

APOM LENGGANG

Bahan yang diperlukan:

1.  1 1/2 cawan tepung beras

2.  1/2 cawan tepung gandum

3. 1/2 cawan gula pasir

4. 1 sudu kecil yis

5. 1 cawan santan

6. 1 biji telur

7. sedikit garam

8. 3/4 cawan nasi sejuk 

9. 1 1/2 cawan air

 

Cara membuatnya:

1. Mula-mula masukkan nasi bersama air ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus. 

2. Satukan tepung beras bersama tepung gandum, gula pasir, yis, santan, telur dan bahan kisar tadi. Kacau rata dan masukkan sedikit garam. Kacau rata sekali lagi.

3. Kemudian perap selama 1 jam pada suhu bilik. Selepas itu, kacau rata dan tapiskan adunan supaya tiada ketulan.

4. Panaskan kuali tidak lekat dan sapukan sedikit minyak. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan sehingga apom menjadi bulat sekata. Masak sehingga kekuningan dan garing di bahagian bawah.

5. Gulungkannya dan apom lenggang sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments