fbpx

Apam Merekah

iCookAsia

APAM MEREKAH

Bahan Bahan:1) Telur ( 2 biji)2) Gula kasar  ( 200 gm )3) Ovelette (1 sudu kecil )4) Tepung gandum  ( 250 gm )5) Air soda ( 175 gm / 1 cawan )6) Esen vanilla ( 1 sudu kecil )7)Paste pandan ( 1 sudu kecil )8)Paste keladi ( 1 sudu kecil )9) Paste strawberry ( 1 sudu kecil )10)Pewarna hijau  (1/2 sudu kecil )11)Pewarna ungu (1/2 sudu kecil )12)Pewarna merah (1/2 sudu kecil )13) Pewarna kuning (1/2 sudu kecil )14) Loyang kecil

Caranya:

1) Mula-mula masukkan telur, ovelette  dan gula ke dalam mangkuk, putar sehingga adunabn kembang dan menjadi putih.  

2) Kemudian masukkan tepung berselang seli dengan ais soda dan esen vanilla.Kacau sebati

3) Setelah itu, bahagikan adunan kepada 4 bahagian di dalam mangkuk yang berbeza. Letakkan paste dan warna  yang berlainan iaitu merah, ungu, kuning dan hijau. Atau warna pilihan yang lain mengikut citarasa masing masing. Kacau rata

4) Tuang adunan ke dalam mangkuk kertas yang diletakkan di dalam loyang kecil.

5) Kukus selama 7 minit di dalam periuk pengukus. Pastikan air menggelegak kuat sebelum meletak apam untuk pastikan apam terbentuk cantik. Tutup penutup pengukus dengan kain untuk mengelakkan apam terkena air kukusan.

6) Apam merekah sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x