in , , ,

Anak Sukar Beri Tumpuan? Amalkan Minuman 2 Herba Tradisional Masyarakat Cina Ini

Khasiat minuman herba masyarakat Cina ini sesuai untuk semua, lebih-lebih lagi para pelajar agar lebih fokus sewaktu menimba ilmu, memberi penglihatan yang lebih baik dan berkhasiat untuk tubuh badan.

Resepi perkongsian Roszita Fathrul Jaman ini diperoleh khas daripada guru berbangsa Cina yang menyifatkan minuman herba ini menjadi amalan masyarakat Cina sejak turun temurun.

Bahan :
Goji berry
Kurma Cina

Cara :
1. Gunakan periuk dan masak dengan api perlahan selama enam jam.
2. Gunakan periuk slow cook lebih mudah dan jimat gas dapur.
3. Amalkan setiap pagi. Dan untuk pelajar, minum secara suam sewaktu sedang mengulang kaji.
4. AMARAN : Minum banyak air putih kerana minuman herba ini menyebabkan panas dalam badan.

Sumber : Roszita Fathrul Jaman

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0

Comments

comments