fbpx

Ada Lebihan Nasi? Jom Buat Apam Nasi, Cantik Kejadiannya. Cukup Mudah, Kukus Sahaja.

iCookAsia

Selalunya jika ada lebihan nasi, pastikan akan berakhir menjadi nasi goreng. Jadi apa kata kita olah lebihan nasi yang ada menjadi Apam Nasi hasil perkongsian resepi Nurul Izzah Joelati.

Bahan :

Bahan kisar :
1 cawan nasi sejuk
1 1/4 cawan air suam
3/4 cawan gula halus

Bahan lain :
1 cawan tepung beras (sy guna cap JATI)
1 cawan tepung gandum (sy guna cap FAIZA)
1 sudu besar yis mauripan
Setengah sudu kecil garam halus

Cara :
1. Masukkan bahan kisar.
2. Kemudian masukkan tepung beras, tepung gandum dan yis. Kacau sebati.
3. Perasakan dengan garam.
4. Peram selama 30 minit hingga satu jam dalam bekas bertutup rapat.
5. Sediakan acuan, sapukan minyak dan tuang adunan.
6. Apabila air mula mendidih baru letakkan adunan untuk dikukus. Kukus selama 15 minit.

Sumber : Nurul Izzah Joelati

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x