fbpx

9 Resepi Sahur Ringkas Dan Mudah

iCookAsia

Tengah cari idea nak masak apa untuk sahur nanti? Cuba salah satu dari menu sahur ini

1. Daging Blackpepper

Cara memasak Daging Lada Hitam ialah dengan menumis daging bersama bahan-bahan. Hidangan ini sedap digandingkan bersama nasi putih. Sangat mudah untuk disediakan pada waktu sahur.

2. Telur masam manis

Telur Masam Manis sesuai untuk sesiapa yang tiada idea nak masak apa untuk bersahur. Rasa masam dan manis ini pasti akan membangkitkan selera anda. Kalau lambat bangun sahur bolehlah cuba resepi ini.

3. Frittata

Frittata adalah hidangan yang sihat untuk dihidangkan ketika bulan puasa. Telur mengandungi protein yang tinggi. Ia dapat membantu anda untuk menahan lapar sepanjang tempoh berpuasa. Mudah sahaja untuk dibuat dan dapat menjimatkan masa anda.

4. Bubur Ayam

Menu ini sesuai untuk sesiapa yang tidak gemar makan makanan yang berat di waktu awal pagi. Ia juga mempunyai banyak khasiat yang pasti akan membantu anda untuk kekal cergas sewaktu berpuasa. Anak-anak pasti berselera untuk menjamu hidangan ini.

5. Berlado Kentang Bilis

Berlado Kentang Bilis adalah sambal tumis kentang dicampur dengan ikan bilis yang dimasak kering. Sedap dimakan bersama nasi putih panas dan telur goreng. Anda juga boleh tambah tempe dalam hidangan ini.

6. Nasi Goreng Telur

Nasi Goreng Telur sangat sesuai untuk mereka yang lambat bangun sahur. Nasi boleh dimasak sebelum anda tidur. Hanya perlukan beberapa bahan sahaja untuk disediakan.

7. Ayam Goreng Kunyit

Ayam Goreng Kunyit adalah hidangan kegemaran semua orang. Menu ini sangat mudah untuk disediakan. Hidangkan bersama nasi panas, kicap, sambal belacan dan telur mata. Ia pasti akan membangkitkan selera anda!

8. Cucur oat

Sesuai bagi mereka yang mahukan hidangan mudah dan senang untuk disediakan. Menu ini juga sesuai untuk anda yang sukakan pemakanan yang sihat. Oat dapat membantu anda untuk menahan lapar sepanjang hari.

9. Kuey Teow Goreng

Dengan sebungkus kuey teow anda boleh buat pelbagai jenis hidangan. Tetapi untuk bersahur dengan Kuey Teow Goreng, ia sangat mudah untuk disediakan. Sesuai sangat untuk orang bujang yang baru nak cuba belajar memasak.

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x