in , ,

2 In 1. Bukan Sekadar Sayur, Lobak Putih Untuk Kecantikan. Rawatan Kanser Dan Racun

1. Kecantikan Kulit
Mengandungi vitamin C, vitamin B kompleks dan zinc untuk kecantikan kulit. Kandungan air yang terdapat dalam lobak putih menjadikan kulit lebih lembab dan sihat. Jika anda menghadapi masalah kulit kering, gatal, ruam dan keradangan, lobak putih adalah jawapannya. Hanya parut lobak putih dan sapukan di bahagian kulit.

2. Rambut Kelumumur
Kandungan vitamin yang terdapat dalam lobak putih dapat mencegah sebum keluar secara berlebihan dan membuatkan rambut kurang berminyak. Jadikan lobak putih sebagai jus atau masker dan pijat kulit kepala secara perlahan-lahan. Biarkan semalaman dan bilas keesokan harinya.

3. Menurunkan berat badan
Mengamalkan makan lobak putih membuatkan perut cepat kenyang dan akan mengurangkan kuantiti yang dimakan. Lobak mempunyai rendah kandungan karbohidrat dan mempunyai banyak kandungan air.

4. Memulihkan memulihkan sistem pernafasan
Lobak membantu menghilangkan penyumbatan yang terjadi pada hidung, tengkorok hingga paru-paru. Kandungan vitamin dan zat akan melindungi sistem pernafasan dari sebarang jangkitan.

5. Menyembuhkan Hati
Lobak dapat membantu memelihara sistem perkumuhan. Kandungan di dalamnya dapat menyahtoksik dan bermanfaat terhadap hempedu dan bilirubin. Ianya membantu pelepasan enzim yang akan membantu mencegah hati dari serangan jangkitan.

6. Penyakit Kuning
Kandungan lobak putih akan melenyapkan produksi proses bilirubin yang berlebihan. Penyakit kuning akan menyerang sel darah merah dan lobak putih dapat memperbaiki ketidaknormalan ini.

7. Kanser
Vitamin C, asid folik dan anthocyanins akan mendetoksifikasi radikal – radikal bebas dan membantu proses rawatan pesakit kanser. Kanser usus, perut dan ginjal dapat diredakan dengan mengamalkan jus lobak putih.

8. Meredakan masalah buang air kecil
Lobak akan membantu menyembuhkan keradangan ketika membuang air kecil. Ianya juga dapat membantu membersihkan ginjal dan organ berkaitan dengan sistem perkumuhan.

9. Demam
Lobak dapat menurunkan suhu badan dengan mengamalkan minum jus yang dicampurkan dengan sedikit garam.

10. Penawar Racun
Lobak digunakan sebagai penawar racun bagi individu yang ‘overdose’. Pesakit akan memuntahkan semua ubat yang masuk di dalam tubuh apabila makan lobak putih.

Foto : Google (Flick on Food)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0

Comments

comments