in

12 Jenis Nasi Goreng Untuk Anda Cuba!

Banyak nasi lebih? Dah habis idea nak buat nasi goreng apa? Perencah nasi goreng pun dah habis? Haaa di sini ada 12 jenis nasi goreng yang anda boleh cuba!

#1 Nasi Goreng Nenas Udang

Selalunya famous di kedai Thai, Nasi Goreng Nenas Udang ni rasanya sebati manis-masam dari nenas tu. Kalau anda suka nenas, memang sesuai sangat lah! Takpe, kalau buat kat rumah, hidang dalam pinggan je, tak payah hidang dalam nenas :p

#2 Nasi Goreng Udang Berempah

Kalau peminat udang mesti suka resepi ni. Rasanya sedikit berempah sebab udang ditumis dulu dengan serbuk kari dan pes cili. Kalau anda suka yang pedas-pedas sikit, memang sesuai!

#3 Nasi Goreng Ala Kantonis

Lebih kurang macam Nasi Goreng Cina, sesuai untuk yang tak suka pedas-pedas.

#4 Nasi Goreng Serai Ikan Masin

Kalau suka dan ada ikan masin di rumah, boleh try buat resepi ni! Ikan masin membuatkan nasi goreng ni ada umppphh!

#5 Nasi Goreng Cina Istimewa

Another version of Nasi Goreng Cina juga, sesuai untuk yang tak sukakan pedas, dan juga untuk kanak-kanak.

#6 Nasi Goreng Nyonya

Yang ini pedas sikit, kerana ada serbuk cili dan serbuk kari. Bagi yang suka sedikit spice dalam masakan, memang sesuai!

#7 Nasi Goreng USA

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. 2 cwn nasi
  2. 1/2 cawan sayur campur (lobak merah, jagung, kacang pis)
  3. 2 ulas bawang putih
  4. sedikit minyak utk menumis
  5. 1 sudu besar cili tumbuk
  6. garam & gula secukupnya
  7. 200 gm daging batang pinang
  8. 1/ 2 inci halia
  9. 1 liter air
  10. sedikit pewarna merah
  11. 1 labu bawang besar
  12. 1 ulas bawang putih
  13. 1 biji telur
  14. 1/2 inci halia
  15. 2 sudu besar sos tomato
  16. 2 sudu besar sos cili
  17. sedikit air
  18. minyak utk menumis
  19. Timun
  20. salad

Cara membuatnya:

  1. Mula-mula Rebus daging bersama air, halia dan pewarna merah sehingga empuk. Setelah empuk, angkat dan ketepikan dahulu
  1. Untuk memasak nasi,tumis bawang putih dan cili tumbuk sehingga garing. Masukkan sayur campur, nasi dan garam. Boleh juga tambahkan sedikit gula jika mahu. Kacau rata, angkat dan ketepikan.
  1. Untuk memasak daging masak merah, panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan daging, sos tomato, sos cili, garam dan gula. Tambahkan sedikit air sekiranya terlalu kering.Gaul rata, angkat dan ketepikan
  1. Untuk menggoreng telur, panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan pecahkan sebiji telur. Goreng hingga masak
  1. Hidangkan nasi goreng bersama daging masak merah, telur goreng, hirisan timun dan salad.

Selamat mencuba!

#8 Nasi Kerabu Goreng

Dinamakan nasi goreng kerabu kerana bahan-bahan yang digunakan seperti bunga kantan, serai, dan kelapa parut! Haa menarik untuk cuba kan?

#9 Nasi Goreng Kampung

Nasi Goreng Kampung sesuai untuk yang sukakan masakan pedas-pedas. Nak lebih pedas, tambah lebih banyak cili padi! Jangan lupa hidang dengan telur goreng dan ikan bilis rangup!

#10 Nasi Goreng Tomyam

Kalau peminat tomyam mesti suka juga nasi goreng tomyam, kerana rasa tomyam dikekalkan dalam nasi goreng ni. Senang saja nak buat! Kalau nak lebih aroma, tambah daun limau purut.

#11 Nasi Goreng Telur

Nasi goreng ni lebih kurang macam nasi goreng pattaya, nasinya dibalut dengan telur untuk hidangan. Kreatif sikit kan, sedap pula tu dimakan dengan telur!

#12 Nasi Goreng Kampung ala Thai

Resepi ni lain sikit kerana ada gabungan nasi goreng kampung dan nasi goreng tomyam. Kalau tak suka petai, tak perlu masukkan. Ada ikan bilis, ada pes tomyam, tapi yang penting, sedap!

Written by Fiza Razali

Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0

Comments

comments

Asian Crusted Lamb Cutlets

Biskut Swiss Tart