in ,

10 Kuih Mudah tanpa Oven/Ketuhar

10 Kuih Mudah tanpa Oven/Ketuhar

Suka masak kuih tapi tiada oven atau steamer? Mudah sahaja! Banyak sebenarnya resipi yang mudah dan tidak berat untuk dihasilkan untuk kudapan bersama keluarga. Sememangnya tidak memerlukan oven atau steamer! Selamat mencuba!

Che Mek Molek atau lebih dikenali sebagai Cek Mek ialah sejenis kuih tradisional yang amat popular di Kelantan dan Terengganu. Ianya diperbuat dengan ubi keledek yang dilenyek dan tepung gandum sebagai adunan, gula sebagai inti, kemudian digoreng. Intinya sememangnya cair di mulut! Anda kena cuba!

Sagu Gula Melaka juga merupakan hidangan minum petang tanpa perlu menggunakan oven atau steamer. Mudah sahaja resipinya!

Kuih Ketayap atau juga dikenali sebagai kuih gulung merupakan sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih yang terdiri daripada kulit nipis bulat dan diletakkan inti yang diperbuat daripada nyiur muda dan gula Melaka di dalamnya.

Apam Balik juga dikenali sebagai apom balik di mana ianya merupakan sejenis kuih apam berkulit tebal yang dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya dan kemudian dilipat dua. Mudah sahaja resipinya!

Ondeh-ondeh atau lebih dikenali sebagai Kuih Buah Melaka sememangnya kudapan yang tak

Kuih tepung pelita merupakan sejenis kuih tradisional yang agak mudah dibuat dan enak rasanya. Ianya juga merupakan sejenis kuih yang manis dibuat daripada santan dan tepung beras dan dimasak dalam bekas yang diperbuat dari daun pisang. Ditengah-tengahnya pula diisi dengan air gula yang menjadikannya rasa lemak manis.

Apom Lenggang merupakan resipi mudah dan ringkas malahan sangat sesuai untuk anda yang ingin berjimat. ianya kerana penggunaan bahan yang digunakan mudah didapati. Tak percaya? Klik gambar untuk resipi!

Jemput Pisang

Jemput pisang atau lebih dikenali sebagai cekodok/cucur kodok merupakan resipi yang mudah dan lazat untuk dihidangkan bersama teh tarik. Pastikan menggunakan pisang emas yang masak ranum!

Kuih Keria atau kuih gelang merupakan sejenis kuih tradisional yang berasaskan keledek dengan campuran tepung, gula dan garam. Ia dicanai dan dibentuk seperti cincin ataupun gelang tangan dan kebiasannya, kuih ini disaluti dengan gula mahupun cairan gula (gula cair).

Kuih Cara Manis satu antara kuih tradisi Melayu yang sangat digemari terutamanya apabila bulan Ramadhan. Menariknya kuih ini kerana ianya lembut, manis dan berlemak. Anda pasti sukakannya!

Written by iCookAsia

iCookAsia, originally known as "TryMasak' is the first recipe video channel in Malaysia. Since its creation in 2008, TryMasak has grown and evolveed from online recipe sharing website into online media platform for chefs to showcase their talent and for brands to promote their products and services. Currently we have more than 2,000 recipes in video format from Malaysia and other Asian countries.

Aiskrim Goreng

Kek Lapis Asam Manis